Rabu, 6 Januari 2010

Proses Natal dalam Hidup


Lukas 1: 26-38

1:26 Dalam bulan yang keenam Allah menyuruh malaikat Gabriel pergi ke sebuah kota di Galilea bernama Nazaret,
1:27 kepada seorang perawan yang bertunangan dengan seorang bernama Yusuf dari keluarga Daud; nama perawan itu Maria.
1:28 Ketika malaikat itu masuk ke rumah Maria, ia berkata: "Salam, hai engkau yang dikaruniai, Tuhan menyertai engkau."
1:29 Maria terkejut mendengar perkataan itu, lalu bertanya di dalam hatinya, apakah arti salam itu.
1:30 Kata malaikat itu kepadanya: "Jangan takut, hai Maria, sebab engkau beroleh kasih karunia di hadapan Allah.
1:31 Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus.
1:32 Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengaruniakan kepada-Nya takhta Daud, bapa leluhur-Nya,
1:33 dan Ia akan menjadi raja atas kaum keturunan Yakub sampai selama-lamanya dan Kerajaan-Nya tidak akan berkesudahan."
1:34 Kata Maria kepada malaikat itu: "Bagaimana hal itu mungkin terjadi, karena aku belum bersuami?"
1:35 Jawab malaikat itu kepadanya: "Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Mahatinggi akan menaungi engkau; sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu akan disebut kudus, Anak Allah.
1:36 Dan sesungguhnya, Elisabet, sanakmu itu, ia pun sedang mengandung seorang anak laki-laki pada hari tuanya dan inilah bulan yang keenam bagi dia, yang disebut mandul itu.
1:37 Sebab bagi Allah tidak ada yang mustahil."
1:38 Kata Maria: "Sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan; jadilah padaku menurut perkataanmu itu." Lalu malaikat itu meninggalkan dia.
****************************************************

Apakah maksud tema ini? Maksudnya adalah “membenarkan Yesus Kristus lahir (Natal) dalam hidup kita”. Ramai orang Kristian sekarang sudah tahu apakah erti sebenar Natal itu.

Natal = Kelahiran Yesus Kristus ke dalam dunia.

Sudahkah Kristus lahir dalam hidupmu? Bagaimana kelahirannya berlaku? Bagi soalan 1, ramai orang akan jawab ya. Tetapi untuk soalan ke 2 hanya sedikit sahaja orang yang tahu/ faham bagaimana proses kelahiran itu berlaku. Mari kita belajar dari peribadi Maria, bagaimana dia telah membenarkan Kristus iru lahir dalam hidupnya.

Mempunyai persoalan dalam hatinya (ayat 29)

Setiap orang pasti ada persoalan di dalam hidupnya. Ada yang dapat di jawab dan ada juga yang tidak terjawap tetapi dapat dijawab oleh firman Allah yang hidup. Apakah persoalan dalam hati manusia yang boleh membenarkan Kristus lahir dalam hidup kita? Jawapannya senang iaitu apakah tujuan hidup ini? Mengapakah kita dilahirkan dan hidup? Hidup kita ada tujuan. Seperti Kristus, Dia dilahirkan untuk mati di atas kayu salib supaya dosa kita di hapuskan. Apabila kita mempunyai persoalan dalam hidup dan mahu mencari kebenarannya, pada masa itulah proses Natal itu berlaku / Kristus Yesus lahir dalam hidup kita. “Kerana Yesus berkata, “Akulah jalan, kebenaran, dan hidup”. Kita beruntung kerana kita tahu kepada siapa kita perlu datang apabila kita mengalami banyak masalah. Ingatlah kata Tuhan Yesus, “mintalah maka akan diberikan kepadamu”. Ini buktinya Tuhan Yesus akan menjawab dan menyelesaikan setiap masalah dan persolan yang kita hadapi apabila kita datang dan minta pertolong dari-Nya.

Mempunyai persoalan yang terus menerus (ayat 34)

Tidak cukup hanya 1 / 2 persoalan sahaja yang perlu ada dalam hati kita, tetapi perlu banyak persolan dan ianya terus menerus sampai kita jumpa/tahu kebenarannya. Tuhan suka apabila kita mempunyai seribu 1 macam persoalan. Kenapa Tuhan seperti suka sahaja kita mempunyai banyak persoalan? Ini kerana supaya kita bersandar terus kepada-Nya. Maria dan Yusuf sama-sama mengalami persoalan iaitu:

Maria = Bagaimana ianya boleh berlaku? Bagaimanakah saya akan berhadapan dengan orang lain? Apakah saya akan dihukum?

Yusuf = Kenapa ianya boleh berlaku? Siapakah Bapa kepada Anak ini? Apa yang perlu saya lakukan?

Persoalan ini mengheret Yusuf ke jalan yang buntu iaitu dia mahu menceraikan Maria tetapi secara diam-diam. (Mat1:19 – Tulus hati = Dikaios – Yunani / orang yang sangat menitik beratkan hukum agama & kebudayaan – Tindakan ini dipandang tinggi oleh masyarakat pada waktu itu dan merupakan tindakan yang baik di hadapan Tuhan). Dalam beberapa tafsiran, Yusuf telah diberikan penglihatan oleh Tuhan di mana dia dan beberapa orang yang lain telah membunuh (merejam) Maria.

Menceraikan = menurut adat orang Yahudi (orang yang baru bertunangan tetapi sudah mengandung tanpa mengetahui siapa bapanya akan dihukum mati)

Sebenarnya Yusuf sangat mengasihi/mencintai Maria tetapi tindakannya bertentangan dengan hatinya kerana dia hanya mencari kemuliaan daripada orang lain. Oleh kerana persoalan Yusuf, Allah telah menjawabnya dengan membuatkan Yusuf lebih mengasihi Maria daripada hukum/adat Yahudi dan Allah telah menguatkan Yusuf dengan memberikan penerangan kepadanya tentang Anak yang akan dilahirkan itu.

Percaya dan berserah (ayat 38)

Akhirnya Maria dan Yusuf berserah dan percaya kepada apa yang telah malaikat itu beritahu. Maria tidak banyak soal melainkan percaya sahaja. Begitu juga dengan Yusuf yang terus sahaja membatalkan niatnya dan menerima Anak itu sebagai anaknya. Kita juga perlu bertindak seperti Maria & Yusuf. Kita tahu bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan dan Alkitab adalah firman-Nya. Maka kita perlu percaya dan berserah kepada-Nya. Maksudnya pengharapan dan tempat kita bersandar hanya pada-Nya. Tetapi sangat sedih kerana hanya sedikit sahaja orang yang bertindak seperti Maria. Jangan kata-kata yang manis sahaja keluar dari mulut kita yang membuktikan bahawa Kristus telah lahir dalam hidup kita tetatapi buktikannya dengan perbuatan.

#:

Natal / kelahiran Tuhan Yesus Kristus itu bukan hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup kita tetapi ianya berlaku berkali-kali. Apa sebabnya? Kerana pengertian Natal itu adalah seperti ini:

Natal / kelahiran Kristus = Kita memerlukan Kristus dalam hidup kita.

Setiap kali kita datang kepada Kristus Natal itu telah pun terjadi.