Jumaat, 16 Oktober 2009


2 Petrus 3:8

“Satu hari adalah sama seperti seribu tahun”

Soalan:

Adakah 2 Petrus 3:8 menunjukkan bahawa hari-hari penciptaan mungkin sekali tidak secara harfiah atau secara sekelip mata, tetapi ianya beribu-ribu tahun lamanya?

Jawapan:

2 Petrus 3:8-9

3:8 Akan tetapi, saudara-saudaraku yang kekasih, yang satu ini tidak boleh kamu lupakan, yaitu, bahwa di hadapan Tuhan satu hari sama seperti seribu tahun dan seribu tahun sama seperti satu hari.

3:9 Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya, sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi Ia sabar terhadap kamu, karena Ia menghendaki supaya jangan ada yang binasa, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertobat.

(Terjemahan Baru Indonesia)

Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah tentang konteks ayat yang tidak ada kena mengena dengan ‘Hari Penciptaan’. Juga, ianya tidak mendefinisikan sehari kerana ianya tidak dikatakan “sehari adalah seribu tahun”.

Selalunya pemahaman yang betul adalah berasal dari konteks – Para pembaca rasul Petrus seharusnya tidak kehilangan iman kerana Allah seperti perlahan dalam menunaikan janji-janjiNya tentang kedatangan Kristus yang kedua kali. Terlebih mereka perlu ingat bahawa Dia adalah sabar, kerana Dia tidak terbatas oleh waktu seperti kita.

Teks itu menyatakan “sehari adalah seperti (semacam/sebagai/serupa) seribu tahun” – kata ‘seperti’ menunjukkan bahawa ianya sebuah gambaran dari pidato (cara berbicara/bercakap/percakapan), dipanggil sebuah kiasan, untuk mengajar bahawa Allah di luar batasan waktu (sebab Dia Pencipta waktuNya sendiri). Kenyataannya, gambaran pidato itu sangat jelas dalam maksud tujuan sebenar kerana hari itu adalah harfiah (benar/sekelip mata) dan sangat jelas berbeza dengan 1,000 tahun – kepada Pencipta yang kekal, Pencipta masa; tempoh masa yang singkat dan tempoh masa yang lama boleh jadi ianya sama.

Petikan itu sebenarnya membezakan sebuah tempoh masa yang singkat dan yang lama. Ini boleh diperhatikan oleh kenyataan Petrus yang merujuk kepada Mazmur 90:4 (pernyataan Petrus “jangan lupa” menyatakan secara tidak langsung bahawa para pembacanya diharapkan untuk mengingat kembali sesuatu, dan petikan ini mengajar tentang ini).

“Sebab di mata-Mu seribu tahun sama seperti hari kemarin, apabila berlalu, atau seperti suatu giliran jaga di waktu malam.”

Ini adalah sinonim keselarian (sama), di mana satu tempoh yang lama dari seribu tahun adalah dibezakan dengan dua jangka masa pendek; satu hari, dan seorang pengawal malam. Tetapi mereka yang cuba menggunakan petikan ini untuk mengajar bahawa Hari dari Kejadian mungkin sekali 1,000 tahun; mereka lupa bahagian tambahan (ayat tambahan yang telah dtebalkan tulisannya). Seandainya mereka tetap/tidak berubah (konsisten) dengan pendirian mereka, mereka hendaklah juga mengatakan bahawa penjaga malam itu juga bermaksud 1,000 tahun lamanya. Sukar untuk membayangkan bahawa Pemazmur berfikir di atas katilnya untuk beribu tahun (Mazmur 119:6), atau bahawa matanya terus terbuka untuk beribu tahun (Mazmur 119:148).

Konteks langsung oleh Mazmur adalah kelemahan waktu manusia yang semata-mata fana (tidak kekal) dalam perbandingan kepada Tuhan. Rangkap ini meluaskan lagi ajaran, yang mengatakan tidak kira berapa lama satu sela masa (separuh masa) adalah daripada masa manusia yang terbatas –keterbatasan perspektif (tinjauan/pandangan) manusia, ia seperti satu kerlipan sebelah mata daripada perspektif abadi (kekal Tuhan).

(Petikan diambil dan diterjemah dari Creation.com Magazine, issue 31(4) September-November 2009, p.16 oleh Yohanes Saile)

Sabtu, 12 September 2009

“HIDUP DITENTUKAN OLEH KEPUTUSAN KITA”

Yosua 24: 15 – 16
24:15 Tetapi jika kamu anggap tidak baik untuk beribadah kepada TUHAN, pilihlah pada hari ini kepada siapa kamu akan beribadah; allah yang kepadanya nenek moyangmu beribadah di seberang sungai Efrat, atau allah orang Amori yang negerinya kamu diami ini. Tetapi aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada TUHAN!"
24:16 Lalu bangsa itu menjawab: "Jauhlah dari pada kami meninggalkan TUHAN untuk beribadah kepada allah lain!
______________________________________________
Apakah alasannya hidup kita ini ditentukan oleh keputusan kita?
Ø Tuhan memberikan kuasa kepada manusia untuk membuat keputusan dalam setiap pilihan

~ Contoh;

1) Adam & Hawa (Kejadian 2: 16 & 17)
16 Lalu TUHAN Allah memberi perintah ini kepada manusia: “Semua pohon dalam taman ini boleh kau makan buahnya dengan bebas, 17 tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kau makan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.”

2) Nuh (Kejadian 9)
Perjanjian Allah dengan Nuh
Ayat 1: Lalu Allah memberkati Nuh dan anak-anaknya serta berfirman kepada mereka: “Beranakcuculah dan bertambah banyaklah serta penuhilah bumi.

3) Abraham (Kejadian 22: 15 – 18)
15 Untuk kedua kalinya berserulah Malaikat TUHAN dari langit kepada Abraham, 16 katanya: “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri – demikianlah firman TUHAN -: Kerana engkau telah berbuat demikian, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku, 17 maka Aku akan memberkati engkau berlimpah-limpah dan membuat keturunanmu sangat banyak seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut, dan keturunanmu itu akan menduduki kota-kota musuhnya. 18 Oleh keturunanmulah semua bangsa di bumi akan mendapat berkat, kerana engkau mendengarkan firman-Ku.”

4) Yosua dan keluarganya

5) Yunus

~ Kesemua kisah kehidupan ini mengisahkan tentang keputusan yang telah mereka buat dalam hidup mereka. Keputusan yang mereka ambil itulah yang menentukan masa depan hidup mereka.

DALAM SEGALA HAL KITA MEMERLUKAN TUHAN
1) Kita memerlukan TUHAN untuk mengambil keputusan
2) Kita memerlukan TUHAN untuk memberikan kekuatan dalam keputusan kita
3) Kita memerlukan TUHAN untuk memulihkan kita saat kita salah mengambil keputusan

Yeremia 29: 11

“Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, iaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.”

Biarlah rancangan TUHAN yang terjadi dalam hidup kita


Sabtu, 5 September 2009

Anda Istimewa Bagi Yesus



Apakah Keistimewaan yang ada pada diri anda?
~ Setiap orang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ianya merangkumi dalaman (sifat/jiwa) dan luaran (fizikal). Dalaman itu adalah yang terpenting. Ramai orang yang mementingkan luaran daripada dalaman.
~Saya mau mengajak anda berfikir sejenak...bagaimanakah jika anda dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna? Maksud saya, dilahirkan dalam keadaan yang cacat (fizikal). Adakah luaran itu masih penting bagi anda?
~ Tuhan tidak memandang keadaan luaran seseorang tetapi keadaan
dalaman (jiwa) itulah yang penting bagi-Nya. Keselamatan jiwa seseorang itulah yang diutamakan-Nya.
~ Jika kita yang sempurna ini tidak mempunyai kehausan jiwa untuk mencari kebenaran, diri kita itu tidak bernilai. ketahuilah bahawa setiap manusia yang telah dicipta-Nya telah disediakan oleh-Nya sebuah ruangan kosong yang hanya dapat terisikan oleh-Nya. Hanya Dia yang dapat mengisi ruangan kosong itu. Tiada siapa yang dapat mengisi ruangan kosong itu. Tidak ada suatu perkara pun yang akan memuaskan ruangan itu. Hanya oleh Dia, hanya oleh kasih-Nya.
~ Oleh sebab itu, nilailah diri anda sekarang. Sudahkah kebenaran itu anda temui? Adakah kepastian akan keselamatan itu ada pada diri anda? Jika belum, mari kita membaca sebuah cerita benar tentang seorang yang cukup sederhana tetapi sangat berharga, yang mana melalui cerita ini kita akan mengenal akan kebenaran itu.
__________________________________________________
Lukas 19:1-10
19:1 Yesus masuk ke kota Yerikho dan berjalan terus melintasi kota itu.
19:2 Di situ ada seorang bernama Zakheus, kepala pemungut cukai, dan ia seorang yang kaya.
19:3 Ia berusaha untuk melihat orang apakah Yesus itu, tetapi ia tidak berhasil karena orang banyak, sebab badannya pendek.
19:4 Maka berlarilah ia mendahului orang banyak, lalu memanjat pohon ara untuk melihat Yesus, yang akan lewat di situ.
19:5 Ketika Yesus sampai ke tempat itu, Ia melihat ke atas dan berkata: "Zakheus, segeralah turun, sebab hari ini Aku harus menumpang di rumahmu."
19:6 Lalu Zakheus segera turun dan menerima Yesus dengan sukacita.
19:7 Tetapi semua orang yang melihat hal itu bersungut-sungut, katanya: "Ia menumpang di rumah orang berdosa."
19:8 Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan: "Tuhan, setengah dari milikku akan kuberikan kepada orang miskin dan sekiranya ada sesuatu yang kuperas dari seseorang akan kukembalikan empat kali lipat."
19:9 Kata Yesus kepadanya: "Hari ini telah terjadi keselamatan kepada rumah ini, karena orang ini pun anak Abraham.
19:10 Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang."
______________________________________________
Apakah keistimewaan yang ada pada Zakheus?

1) Dia merasakan dia (jiwanya) perlu diselamatkan.
~ Sebab itu YESUS datang mencarinya lalu mendapatkannya (ayat 5). YESUS tahu akan perasaan Zakheus. Dia mengetahui kekosongan dalam hati Zakheus yang sangat memerlukan-Nya (ayat 10).

2) Dia berminat dan berusaha mencari YESUS. Dia peka akan kebenaran yang ada pada YESUS dan datang mencarinya.
~ Dia berusaha mencari kebenaran dan dan kegembiraan yang sejati serta erti hidup yang bermakna (ayat 3 & 4). Matius 6:33, "Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." Matius 7:7, "Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu."

3) Ada pertobatan dalam dirinya.
~ Pertama, dia mengasihi TUHAN. Ini terbukti apabila dia menumpangkan YESUS di rumahnya (ayat 6). Wahyu 3:20, "Lihat, aku berdiri di muka pintu dan mengetok; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendpatkannya dan Aku akan makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku."
~ Kedua, dia mengasihi orang lain (ayat 8). Markus 12:30 & 31, "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu. Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini."

Kesimpulannya:
~ Benarkah anda istimewa bagi YESUS? Benar! Semua kita adalah istimewa bagi YESUS.
Bertindaklah seperti Zakheus kerana tindakan kita itu sangat penting. Kenapa TUHAN mahu kita bertindak seperti Zakheus? Ini kerana kehidupan Zakheus berubah disebabkan dia benar-benar menerima YESUS menjadi TUHAN dalam hidupnya.
~ Benarkah kehidupan anda telah berubah kerana TUHAN YESUS? Minda, fikiran dan hati seseorang itulah yang menentukan samada dia sudah berubah atau belum. Perubahan itu akan kita nampak dari cara hidupnya.
~ Kalau benar anda mahu hidup anda diubah menjadi hidup yang penuh bermakna, jemputlah TUHAN YESUS masuk ke dalam hatimu. Nescaya hidupmu tak akan sama lagi. Hidupmu akan penuh dengan kemenangan dan sukacita. Amin. TUHAN YESUS memberkati kita semua.


Selasa, 11 Ogos 2009

Isnin, 10 Ogos 2009

Hukum Kasih

Roma 13:1-10

Ayat Kunci – “Kasih adalah pengenapan Hukum Taurat”

Apabila saya mengajar mengarang (penulisan), saya menerangkan secara dasarnya adalah lebih baik menggunakan ayat-ayat pendek atau frasa pertama dalam sebuah siri, seperti “kesenian dan persuratan” dan “hidup, kebebasan, dan pemburuan kebahagiaan (mengejar kebahagiaan).” Di dalam permulaan kerjaya saya, saya menerangkan kepada para penulis bahawa bunyi penulisan seperti ini baik, tetapi kemudiannya saya telah menemui sebuah peraturan tentang penulisan. Dan saya telah belajar bahawa para penulis lebih suka menerima perubahan dalam penyuntingan apabila saya boleh menekankan mereka kepada sebuah peraturan daripada apabila saya hanya berkata, “Percayalah saya.”

Ini adalah ciri sifat manusia. Kita mempunyai sebuah hubungan kasih/benci dengan peraturan. Kita tidak suka akan peraturan, tetapi kita ragu-ragu bagaimana untuk mengategorikan yang betul dari yang jahat tanpa peraturan.

Tuhan Allah mempunyai perhubungan dengan Adam dan Hawa yang didasari atas kepercayaan dalam mengasihi. Hanya sebuah peraturan yang mustahak (harus) iaitu melindungi mereka daripada pengetahuan yang akhirnya berakhir dengan maut (kematian). Tetapi apabila keengganan (tidak menurut perintah) merosakan kepercayaan perhubungan itu, Tuhan Allah telah menambahkan lebih banyak peraturan untuk melindungi pasangan yang degil itu dan keturunan mereka.

Dalam Kristus, Tuhan Allah mengistiharkan sekali lagi tentang hidup baik yang Dia mahukan dari kita bukan tentang peraturan tetapi tentang sebuah perhubungan. Seperti apa yang Rasul Paulus telah tuliskan, Hukum Taurat dapat disimpulkan (dirumuskan) dalam satu perkataan: KASIH. Sebab kita adalah satu ‘dalam Kristus’, kita dapat menikmati damai bersama Tuhan Allah dan orang lain – bukan kerana terdapatnya sebuah peraturan, tetapi kerana ‘Kasih’. –Julie Ackerman Link

“Kehebatan kuasa diatas bumi adalah bukan kewajipan akan peraturan tetapi hal mengambil berat akan kasih."

(Diterjemah daripada Our Daily Bread edisi Jun, Julai dan Ogos 2009, Renungan Harian untuk 13hb Ogos)

Rabu, 5 Ogos 2009

Nilai Sebuah Persahabatan


1 Samuel 20: 12-17

Ayat Kunci - Yonatan...mengasihi Daud seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

John Chrysostom (347-407) merupakan seorang pengkhutbah terkenal zaman gereja awal. Dia diberi nama Chrysostom, yang bermaksud "mulut emas", kerana kepetahannya berkhutbah.
Ini adalah salah satu daripada pengertiannya tentang persahabatan:
"Demikian adalah persahabatan, melaluinya kita mengasihi berbagai tempat dan pelbagai musim; ia adalah seperti...pokok bunga yang mengugurkan daunnya ke tanah di sekitarnya. Jadi, di mana kita tinggal bersedialah untuk memberikan pertolongan. Bersama rakan-rakan, kemiskinan adalah kegembiraan... Ianya baik bagi kita jika matahari itu sangat terik daripada tanpa sahabat."

Cerita tentang Yonatan dan Daud adalah sebuah ilustrasi tentang nilai persahabatan. Semasa Daud dikejar oleh raja Saul yang gila, Daud mendapat kelegaan akibat sokongan daripada sahabatnya, anak raja Saul. Talian persahabatan mereka dinyatakan oleh sifat kepercayaan, sifat memahami, dan sifat memberikan galakan. Betapa susahnya Daud menanggung penderitaan yang tidak adil itu tanpa dasar persahabatan di dalam Tuhan (ay.42).

Pada zaman suara Chrysostom dan bukti dari Daud dan Yonatan adalah peringatan atas keperluan untuk memelihara persahabatan yang Tuhan telah berikan kepada kita.
-Dennis Fisher

"Apabila dunia tidak lagi berfungsi, sahabat adalah peribadi pertama yang akan datang kepada kita"

(Diterjemah daripada Our Daily Bread edisi Jun, Julai dan Ogos 2009, Renungan Harian untuk 28hb Julai)

Selasa, 21 Julai 2009

"Kasih Tidak Berkesudahan"


1 Korintus 13: 8
"Kasih tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap" (Terj. LAI Baru)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KASIH - Apa yang kita tahu tentang kasih? Sebelum dunia ada kasih sudah ada dan ia akan ada untuk selama-lamanya. Jika kita melihat anak yang masih kecil dalam lingkungan umur 4 tahun, mereka sudah ada reaksi tentang kasih. Tetapi sangat menyedihkan bahawa semakin anak tu dewasa, kasih di dalam hidup mereka semakin pudar. Saya masih percaya walau sejahat mana orang itu sekalipun di dalam hati kecilnya masih memiliki kasih itu.


Sejahat mana Hitler sekalipun, dia tetap mempunyai kasih dan kasih itu tidak akan lenyap dari hidupnya. Walaupun dia sudah membunuh ramai orang tetapi saya percaya dia tetap mempunyai kasih. Ini kerana Hitler juga seorang manusia yang diciptakan Tuhan melalui rahim ibunya. Sebagai orang Kristian, kita perlu ingat bahawa sewaktu Tuhan Allah menciptakan manusia, semua karakter Allah itu ada pada manusia, termasuklah kasih. Oleh sebab itu, kasih tidak boleh lenyap dari seseorang dan kita tidak boleh berkata kepada orang lain bahawa mereka tidak mempunyai kasih kerana kasih itu tidak mungin dan tidak akan lenyap.
Tuhan sentiasa memberikan peluang kepada setiap orang untuk bertobat dan kembali ke jalan yang telah di sediakan-Nya bagi setiap orang.


"Kasih Agape" adalah hati yang mengasihi Allah dan orang lain.
Dalam bahasa asli Alkitab:
Agape = Kasih / Allah
Agapou = Seseorang yang mengasihi orang lain
Agapetos = Kekasih / yang disayangi




Prinsip Kasih:
"Kalau kita mengasihi janganlah mengasihi seperti mahu mengambil hasilnya tetapi mengasihilah seperti membesarkan pokok"

~ Katakanlah saya menanam pokok pada hari ini dan saya mengasihi pokok itu kerana ia akan menghasilkan buah. Tetapi bagaimana jika pokok itu tidak menghasilkan buah? Sudah tentu kasih saya akan pokok itu hilang serta merta. Nah, prinsip kasih bukan seperti ini. Prinsip kasih adalah saya harus mengasihi pokok itu bukan kerana buahnya tetapi kerana pokok itu telah wujud! Inilah kasih yang sejati.


Ada 2 situasi orang Kristisn sekarang ini:

1. Mereka katakan bahawa mereka mengasihi Tuhan tetapi mereka tidak mengasihi orang lain.

2. Mereka katakan mereka mengasihi Tuhan dan juga mengasihi orang lain. Tetapi mereka mengasihi orang lain kerana orang itu juga mengasihi mereka. Jika orang lain itu tidak mengasihi mereka, mereka juga tidak akan mengasihi orang itu. Ini adalah kasih bersyarat dan ini bukan Kasih Agape!
Tidak ada kamus yang mendefinisikan kasih dengan sempurna atau lengkap. Dapatkanlah semua jenis kamus yang ada di dalam dunia dan carilah definisi tentang kasih dengan selengkapnya. Saya 'garenti' tidak ada satu kamus pun yang dapat mendefinisikan kasih itu. Hanya satu buku yang dapat mendefinisikan erti kasih itu dengan selengkapnya iaitu "ALKITAB". Apabila buku ini sedang berada di tangan anda, sila buka dalam bahagian Perjanjian Baru dan carilah erti kasih di dalam surat Paulus yang telah dikirimkannya kepada jemaat (orang yang percaya) di Korintus.


Berkesudahan dalam bahasa asli Alkitab dipanggil pipto yang bermaksud jatuh atau runtuh/roboh. Dalam konteks ayat ini kasih tidak akan berhenti daripada kewujudannya. Berkesudahan bermaksud seperti daun yang layu kemudian kering dan akhirnya gugur. Kasih tidak berkesudahan bermaksud ia akan tumbuh terus menerus malah menjadi baru setiap hari. Maksudnya, kasih tidak ada musim kemaraunya dan juga tidak ada kegagalannya. Rasul Paulus berkata: "Semua yang hidup adalah seperti rumput dan segala kemuliaannya seperti bunga rumput, rumput menjadi kering dan bunga gugur tetapi firman Tuhan (Tuhan Allah) tetap untuk selamanya. Amin.

Kenapa nubuat akan berakhir? Kenapa bahasa roh akan berhenti? Dan kenapa pengetahuan akan lenyap? Ini kerana semuanya adalah bersifat sementara sahaja (tidak kekal). Semua ini adalah hanya talenta yang diberikan oleh Tuhan.






"Pengetahuan dan nubuat adalah sangat berguna sama seperti lampu pada waktu gelap/dalam kegelapan tetapi ianya tidak berguna sama sekali apabila hari kekekalan/sempurna itu datang"

Ini bermaksud kedua-duanya tidak sempurna. Apabila yang sempurna itu datang maka yang tidak sempurna itu hilang (13:10).




Apakah 'hari yang sempurna' itu?
1 Yohanes 3:2 ~ Apabila masa Tuhan Yesus menyatakan diri-Nya (kedatangan-Nya yang kedua kali), kita akan menjadi seperti Dia.



"Kasih adalah harta yang perlu kita pelajari, yang perlu kita fikirkan dan yang perlu kita alami dalam hidup kita"
Kenapa Yesus Kristus menyimpulkan 'Hukum Sepuluh' itu menjadi 2 hukum sahaja? Iaitu kasihilah Tuhan Allahmu dan kasihilah sesamamu manusia. Ini kerana Dia adalah Kasih! Jika kita percaya bahawa Yesus Kristus itu adalah Tuhan dan penyelamat, kita haruslah memiliki kasih itu. Tanpa kasih kita tidak akan diselamatkan. Kita diselamatkan kerana Allah mengasihi kita (Yoh. 3:16).
Kematian Yesus Kristus di kayu salib adalah bukti bahawa Dia adalah kasih. Dia yang tidak berdosa sanggup mati hanya untuk menyelamatkan kita. Tapi ingat kita hanya dapat diselamatkan apabila kita mengaku dan menerima Dia dengan sungguh-sungguh sebagai Tuhan dan Penyelamat peribadi kita. Langkah yang perlu kita ambil untuk memiliki 'kasih yang sempurna' itu adalah kita haruslah percaya dan menerima Yesus Kristus dalam hidup kita.
Sebab apa kasih itu tidak berkesudahan/kekal? Sebab Allah adalah Kasih! Dia adalah Alfa dan Omega iaitu dia adalah yang awal dan Dia juga yang terakhir. Dia sedia ada dan tetap/kekal ada sampai selama-lamanya. Amin, amin, amin.

Isnin, 20 Julai 2009

"Berusaha mengikut teladan Kristus"

1 Korintus 11:1
"Jadilah pengikutku, sama seperti aku juga menjadi pengikut Kristus" (Terj. Indo. Baru)
1 Korintus 11:1
"Ikutlah teladanku, sebagaimana aku pun mengikut teladan Kristus" (Terj. Berita Baik)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengapakah Rasul Paulus meyarankan supaya kita mengikuti teladannya? Kita dapat mengetahui bagaimana kehidupan Rasul Paulus sebelum dia 'ditangkap' oleh Kristus untuk menjadi askar-Nya, jika kita membaca kitab Kisah Para Rasul. Selepas dia menyerahkan seluruh hidupnya kepada Kristus, hidupnya menjadi satu dengan Kristus. Sebab itulah dia sangat faham akan peribadi Kristus. Satu daripada banyak teladan Kristus kita dapat lihat melalui teks Yohanes 13: 3-15. Apakah teladan yang telah Tuhan berikan dalam petikan ini? Hanya satu, "KASIH". Dalam petikan ini Dia bertindak sama seperti hamba. Dan Dia mahu semua pengikut-Nya melakukkan seperti apa yang telah dilakukan-Nya.






Dia telah turun ke dunia untuk melaksanakan misi yang besar iaitu memberikan nyawa-Nya mati di kayu salib kerana kasih-Nya kepada manusia. Dia telah membuktikan bahawa Allah itu Kasih. Kasih-Nya tidak bersyarat. Inilah 'Kasih Agape'. Jadi, sebagai pengikut Kristus kita harus mencontohi-Nya. Inilah perkara yang kita perlu kejar dalam hidup kita.

Seorang askar yang sedang bercuti dari tugasnya, tergesa-gesa dalam perjalanannya semasa di stesen keretapi telah terlanggar sebuah gerai buah-buahan yang menyebabkan buah epal bertaburan di sana-sini. Budak lelaki yang sedang menjaga gerai ini cuba untuk mengutip semua buah yang telah jatuh tetapi sangat sukar baginya kerana buah itu banyak. Lelaki askar yang kesal dengan apa yang telah berlaku, membantunya mengutip buah-buah epal itu. Dia bukan sahaja mengutipnya tetapi juga mengelap buah-buah epal itu dengan sapu tangannya sebelum ia diletakkan di tempat asalnya. dengan perasaan yang kagum, budak lelaki ini bertanya dengan syukur kepada askar ini, "Encik, adakah encik Yesus?" Askar itu menjawab, "Bukan, tetapi saya cuba menjadi seperti Dia."

Manusia selalu menjalankan tanggungjawab dengan tergesa-gesa dan menjadi terlalu sibuk. Namun sebagai pengikut Kristus, kita mesti ingat bahawa Yesus mengesa kita untuk menunjukkan kebaikan dan keprihatinan kepada orang lain. Kita juga perlu mengambil masa untuk memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya tanpa syarat. Inilah yang dikatakan 'Kasih yang Sejati'.

Adakah sesiapa yang akan bertanya kepada kita, "Adakah anda Yesus? Dan bolehkah kita menjawab dengan jujur, "Bukan, saya bukan Yesus tetapi saya berusaha untuk menjadi seperti Dia."

~ Kebaikan hati seperti Kristus dapat mewujudkan peluang bagi kesaksian yang menyentuh hati

Jika kita mahu mengubah seseorang kita haruslah mengasihi peribadi tersebut tanpa bersyarat. Semua orang yang berubah di dalam Kristus di sebabkan 'Kasih Kristus' ke atas mereka.