Sabtu, 13 Februari 2010

Kasih Allah & Roh Kudus

Bagaimana kita tahu bahawa Allah mengasihi kita?
Bagaimana kita boleh mengasihi Allah yang tidak kelihatan?
Bagaimana kita boleh saling mengasihi dengan kasih iaitu sifat Allah?
~ Untuk menjawab semua soalan ini, kita perlu memahami hubungan di antara kasih dan Roh Kudus.

1. Kasih Allah dicurahkan ke dalam hati kita melalui Roh Kudus
Roma 5:5 Harapan itu tidak mengecewakan kita, kerana Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita.
~ Roh Kudus adalah saluran kasih Allah yang terikat di antara Allah dengan kita.

2. Kasih adalah sikap Roh Kudus
Roma 15:30 Demi Tuhan kita Yesus Kristus, dan demi kasih yang dikurniakan oleh Roh Allah, aku menggesa kamu supaya kamu berdoa dengan tekun kepada Allah bersama-sama aku, untukku.
~ Kita harus berdoa demi Tuhan kita Yesus Kristus dan demi kasih yang dikurniakan olah Roh Allah.

3. Kasih adalah Roh Kudus

Galatia 5:22-23 Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka Saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.
~ Kasih adalah buah yang baik oleh karya/pekerjaan Roh Kudus.

4. Orang yang percaya boleh saling mengasihi dengan kuasa Roh Allah
Kolose 1:7-8 Kamu mendengar hal itu daripada Epafras, rakan sekerja yang kami kasihi. Dia bekerja untuk Kristus bagi pihak kami dan dia dapat dipercayai. Dia memberitahu kami bahawa dengan kuasa Roh Allah kamu dapat saling mengasihi.
~ Kasih orang-orang percaya boleh diperlihatkan dalam Roh Kudus.

Kesimpulan:
2 Korintus 5:14 Kami dikuasai oleh kasih Kristus; kami sedar bahawa satu orang, iaitu Yesus Kristus sudah mati untuk semua orang. Hal ini bererti bahawa semua orang juga sudah mati secara rohani.
~ Kita telah mati dan bangkit bersama Kristus dalam hidup yang telah ditransformasikan oleh kasih Kristus iaitu hidup baru dalam Kristus.

(Rev. Daniel Jung's sermon; edited by Yohanes Saile)
- Firman Allah dipetik dari Alkitab terjemahan Berita Baik